Friday, 28 January 2022

PN masih sokong

kerajaan pusat tapi jangan ambil kesempatan: Muhyiddin

Agenda Daily Jan 27 2020 - Sokongan Perikatan Nasional (PN) kepada kerajaan pusat masih kekal buat masa ini, namun Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi peringatan supaya UMNO tidak mengambil kesempatan terhadap sokongan yang diberikan tersebut dengan membuat keputusan sesuka hati mereka.

Pengerusi PN itu berkata ketika ini kedudukan kerajaan pusat masih ‘status quo’, namun tindakan UMNO membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor adalah mengecewakan kerana membelakangkan parti yang bersama dalam pembentukan kerajaan negeri Johor.

“Setakat ini kerajaan (pusat) yang ada masih status quo, tapi don’t take us for granted (jangan ambil kesempatan).

“Macam di Johor, agak kecewa sedikitlah… Bukan pasal apa, Menteri Besar langsung tak maklum kepada kita (bubar DUN),” katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat PN di Pagoh hari ini.

Muhyiddin berkata tindakan UMNO yang sengaja mengadakan PRN Johor itu sama sekali tidak budiman kerana bertindak membuat keputusan tanpa mengambil kira suara majoriti dan hanya lebih mementingkan kuasa semata-mata.

“Bila sampai nak buat keputusan besar (PRN Johor), kita (PN) tidak pernah dibawa berbincang. Lihatlah betapa tidak gentleman (budiman) Barisan Nasional dan bagaimana kita (PN) lebih gentleman di peringkat kerajaan pusat,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah disebabkan sokongan yang diberikan PN dan bukannya kerana sokongan pembangkang yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU).

“Kita harap Perdana Menteri faham, beliau berada disitu kerana mendapat sokongan kami (PN) bukan kerana CSA (MoU) yang dtandatangani dengan pihak pembangkang… ia adalah sokongan parti,” tegasnya lagi.

Walaupun dijatuhkan UMNO semasa menjadi Perdana Menteri sebelum ini, Muhyiddin tidak membalas dendam dengan membubarkan Parlimen kerana mementingkan rakyat dan bukan kuasa.

“Kita kekal menyokong Perdana Menteri (Ismail Sabri) bukan kerana UMNO tetapi kerana rakyat yang sedang berdepan ancaman Covid-19.

“Jadi rakyat boleh menilai dimana nilai UMNO dan nilai kita,” ujarnya lagi.

Halal Logo

Armizan: Existing legal penalties for misuse of Halal logo already severe THE fines that were stipulated under existing laws for any party g...